Monday, 13 March 2017
Kemudahan Muzium Masjid Sultan Abdullah
Pengunjung Boleh Mencari maklumat tambahan dan permainan mengujakan menerusi Multi Table Touch Screen Yang disediakan
Ruang solat di Muzium Masjid Sultan Abdullah yang Tersusun Rapi
Koleksi-Koleksi Muzium Masjid Sultan Abdullah
Menerusi tiga segmen itu, pengunjung dapat melihat sumbangan Islam dalam tamadun dunia yang pelbagai termasuk alat muzik. Ia diikuti dengan sejarah perkembangan Islam di Pahang dengan penemuan Batu Nisan Permatang Pasir yang menandakan kedatangan Islam di Pahang.
Menarik mengenai batu nisan yang bertarikh 419 Hijrah bersamaan 1028 Masihi, ia bukan sekadar batu nisan malah ia juga membuka ruang perbincangan berkaitan sejarah awal kedatangan Islam di alam Melayu.
Merujuk kepada tarikh yang tercatat pada epigrafi yang dijumpai di Kampung Permatang ini, iaitu Rabu 14 Rabi’ 419H, sekali gus membuktikan batu nisan ini jauh lebih lama daripada Batu Bersurat Terengganu (702H), wang emas (dinar) lama Kelantan (577H).
Begitu juga dengan timba tembaga yang dipercayai digunakan di surau atau masjid selain dikaitkan dengan penempatan Islam di negeri itu.
Uniknya, pada timba ini tertera tulisan timbul tahun 707 Hijrah (1308 Masihi). Terdapat kesan haus di bahagian tepi badan artifak itu yang dipercayai disebabkan fungsinya sebagai alat untuk mengambil air di dalam perigi.
Dalam segmen Koleksi Diraja, terdapat manuskrip al-Quran pada zaman Khalifah Saidina Uthman Affan.
Terdapat manuskrip Hukum Kanun Pahang yang juga adalah satu-satunya undang-undang Islam yang pernah dilaksanakan di negeri itu ketika Sultan Abdul Ghaffur memerintah.
Berkonsepkan interaktif, Muzium Masjid Sultan Abdullah ini juga dilengkapi dengan ‘Multi Table Touch Screen’ bagi membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat tambahan berkaitan Sumbangan Islam dalam Tamadun Dunia, Sirah Rasulullah SAW dan persoalan-persoalan asas agama Islam.
Bahan bacaan Ilmiah
Alat Muzik Tradisional Melayu
from valuable scriptures and paper documents to textiles, musical instruments, weaponry and scientific equipment – in its vaulted spaces framed by imposing two-tier arches
Trika (Museum showcase manufacturer professional lighgting & fixtures)
A prominent landmark along the Pahang River, the Masjid Sultan Abdullah tells a rich story of Islamic traditions, arts and culture since it was converted into a mosque museum in 2015.
Built in 1929 to the 11th century hypostyle architecture, the museum houses a collection of exhibits – from valuable scriptures and paper documents to textiles, musical instruments, weaponry and scientific equipment – in its vaulted spaces framed by imposing two-tier arches.
Ligth and Transperancy
As the appointed museum showcase manufacturer, Trika introduced multiple high- specification Turin showcases of varying sizes to present the exhibits while complementing the interior architectural features of the heritage building. These customised Turin showcases were built on solid white compressed resin plinth bases with minimal planar profiles to blend with the alabaster white interiors.
Other document-style showcases with the latest surface-bonded glass technology were supported by all-glass plinths and nestled in niches between pillars to hold fragile fragments of ancient Islamic scriptures, while walls of 2.6 metre tall showcases were installed from floor to ceiling to tell the stories of everyday objects and weapons used over the centuries
Frameless All-Glass Elegance
With frame-less glass panels structurally bonded to the profiles, the elegant and classic all-glass vitrine of the Turin case system provides a clear 360-degree view of the exquisite exhibits which are either suspended with customised stainless steel pendant rods or raised to eye level with clear acrylic panels. Air-tight and tested to 0.1 (10%) of air exchange per day, these museum cases are conditioned with passive humidity artsorbs to counter any fluctuating humidity, ensuring the preservation of the priceless antiquities.Demountable and modular, the Turin showcases could be assembled onsite effortlessly in time for the opening of the museum in July 2015. The result is a series of elegant and high-specification display showcases created to honour the exhibits it held as well as the majestic interiors of this important historical site.
Tema-Tema Muzium Masjid Sultan Abdullah
Tema satu menerangkan apakah itu Islam yang berkait dengan Rukun Iman
dan Rukun Islam. Rukun Iman ialah asas akidah Islam yang dibina, yang di
atasnya terkumpul semua jenis ibadat sama ada melalui perkataan dan
perbuatan, akhlak mulia dan kebaikan serta asas-asas kesempurnaan agama
Islam. Ia merangkumi kepercayaan kepada tuhan yakni Allah, malaikat,
kitab-kitab, rasul-rasul, hari kiamat serta qada dan qadar. Manakala,
Islam itu pula dibina atas lima rukun Islam iaitu menyaksikan bahawa
tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W
ialah pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di
bulan Ramadan, dan menunaikan haji di Baitullah al-Haram bagi mereka
yang mempunyai kemampuan untuk menunaikannya.
Tema kedua adalah sumbangan Islam kepada tamadun manusia. Selepas Nabi Muhammad S.A.W wafat, penganut agama Islam telah mara dari Semenanjung Arab ke Utara, Timur dan Barat. Dalam jangka masa yang pendek, mereka telah berjaya mengembangkan ajaran Islam dari Sepanyol di Barat sehingga ke negeri China di Timur. Sebuah empayar yang terbesar dalam sejarah dunia telah didirikan oleh orang Islam melalui tindakan dakwah, ketenteraan dan pemerintahan yang cekap. Di wilayah-wilayah Islam, terdapat golongan intelektual yang cekap dalam bidang pentadbiran, pembangunan, pertanian, industri, kejuruteraan, pertahanan, ilmu sains dan hisab tinggi, ilmu falak dan pelayaran, perubatan dan bermacam-macam lagi ilmu selain daripada pengajian agama Islam, hukum-hakam dan tafsirannya. Institusi-institusi pengajian tinggi bertebaran dari Sepanyol sehingga ke Asia Tengah, dilengkapi dengan kutub khanah dan makmal. Ilmu-ilmu terdahulu dari tamadun yang telah luput seperti tamadun Yunani dan Rom dikaji, ditokok-tambah dan dibukukan secara teratur. Islam telah berjaya melahirkan ramai pakar sains dan tokoh ilmuwan agung suatu ketika dahulu.
Tema ketiga adalah Asmaul Husna. Asmaul Husna merujuk kepada nama-nama Allah yang baik lagi mulia. Nama-nama ini melambangkan sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna (Kamal), Maha Cantik (Jamal) dan Maha Mulia (Jalal). Mengenal Allah melalui nama-nama dan sifat-sifat-Nya merupakan satu perkara yang penting bagi melahirkan rasa cinta, takut, membesar dan memuliakan Allah pada setiap masa dan tempat.
Tema keempat pula memperkatakan tentang persamaan di antara Al-Quran dan Injil. Beriman kepada kitab-kitab merupakan salah satu daripada rukun iman. Melalui persamaan-persamaan yang terdapat di dalam al-Quran dan Injil, jelas terbukti bahawa al-Quran merupakan sebuah kitab yang lengkap dan sempurna merangkumi kandungan kitab-kitab sebelumnya seperti Taurat, Zabur dan Injil. Seperti yang disebutkan dalam al-Quran, surah al-Maidah ayat 48, jelas terbukti bahawa terdapatnya usaha-usaha untuk menyeleweng kandungan asal kitab-kitab tersebut mengikut kehendak dan hawa nafsu golongan yang berkepentingan.
Tema kelima memaparkan kandungan berkenaan dengan sejarah Islam di Pahang, tokoh-tokoh Islam tempatan dan peranan istana yang menyumbang kepada tertegaknya syiar Islam di Pahang.
Tema keenam ialah seni bina masjid di Alam Melayu. Masjid-masjid terawal di Alam Melayu mempunyai keunikan seni bina tersendiri kerana dipengaruhi oleh banyak faktor seperti geografi, iklim, struktur bangunan, bahan serta teknologi yang digunakan dalam proses pembinaan. Selain daripada itu, faktor sejarah, latar belakang kebudayaan daerah, lingkungan, serta adat istiadat masyarakat setempat juga turut menyumbang kepada kepelbagaian seni bina masjid di Alam Melayu.
Tema ketujuh ialah Masjid-masjid terawal dalam Islam. Dalam al-Qur’an al-Karim, terdapat banyak ayat yang menyentuh dan mengaitkan perihal berkenaan masjid. Ada di antara ayat berkenaan yang menyebut ‘masjid’ secara khusus seperti Masjidil al-Haram dan Masjid al-Aqsa. Selain daripada itu, ada juga perkataan ‘masjid’ yang bermaksud masjid secara umumnya. Sekurang-kurangnya, terdapat 46 kali pernyataan disebutkan di dalam al-Qur’an yang menyentuh perihal masjid. Antara masjid yang paling suci dalam pegangan penganut agama Islam mengikut turutannya, ialah : Masjidil al-Haram, Masjid an-Nabawi, Masjidil Aqsa, dan Masjid Quba.

Koleksi Utama Muzium Sultan Abdullah
Timba Tembaga/Copper Pail
Timba ini dipercayai digunakan di surau atau masjid dan dikaitkan dengan petempatan Islam di Pahang. Pada timba ini tertera tulisan timbul tahun 707 Hijrah (1308 Masihi). Terdapat kesan haus di bahagian tepi badan artifak tersebut yang dipercayai disebabkan oleh fungsinya sebagai alat untuk mengambil air di dalam perigi. Penemuan timba tembaga tersebut adalah bukti bahawa penempatan Islam yang lebih kompleks telah wujud di Pahang.
English
The year 707 Hijrah (1308 AD) is inscribed on this artifact. The worn sides of the artifact proved that this was a well bucket used to carry water, most probably used in the mosque associated with the advent of Islam in Pahang. The discovery of this pail is proof that a more complex placement of Islam had already existed in Pahang.
Hukum Kanun Pahang/ Canon Laws of Pahang
Hukum Kanun Pahang merupakan satu-satunya undang-undang yang pernah dipakai di negeri Pahang semasa Sultan Abdul Ghaffur memerintah Pahang. Antara isi kandungannya berkaitan undang-undang, panduan dalam adat istiadat dan pantang larang dalam masyarakat.
ENGLISH
The Canon Laws of Pahang were the laws and legislations used during the rule of Sultan Abdul Ghaffur. Its contents comprised of laws and regulations about the customs and prohibitions within the society of that time.
Batu Nisan Permatang Pasir
Batu Nisan Permatang Pasir ini menandakan kedatangan Islam di Pahang. Tarikh yang tercatat pada batu nisan ini ialah 410 Hijrah bersamaan 1028 Masihi. Batu nisan ini dihiasi dengan Al-Quran dan syair Arab, juga tercatat tarikh kematian si mati pada Hari Rabu, 14 Rabiulawal 419H. Ini bermakna batu nisan ini jauh lebih lama dari Batu Bersurat Terengganu (702H), wang emas (dinar) lama Kelantan (577H), dan juga bermakna lebih dahulu 300 tahun dari kewujudan Kerajaan Melaka.
ENGLISH
The Grave Stones of Permatang Pasir marked the advent of Islam in Pahang. The date inscribed on the stone is 410 Hijrah equivalent to1028 AD. Besides Quranic inscriptions and Arabic syair inscribed on them is also the death date on a Wednesday, 14 Rabiulawal 419H. This clearly shows that the gravestones are far older than the Inscribed Stones of Terengganu (702 H), (dinars)gold coins of Kelantan (577H), and even 300 years earlier than the existence of the Melakan Sultanate.
.
Muzium Masjid Sultan Abdullah, Pekan
Masjid Sultan Abdullah merupakan masjid ketiga di Bandar Pekan dan dibina di atas tapak masjid kedua di Kuala Sungai Parit. Bangunan batu dengan reka bentuk “Moorish” ini dibina pada awal tahun 1929 dan siap pada tahun 1930. Istiadat perasmian masjid ini telah disempurnakan oleh YTM Tengku Abu Bakar Ibni Sultan Abdullah (Tengku Mahkota Pahang) yang berlangsung pada 8 Januari 1932. Masjid Abdullah telah berfungsi sebagai masjid utama bagi penduduk Pekan untuk ibadah sembahyang Jumaat dan segala aktiviti agama Islam yang lain pada masa itu.
Pada tahun 1997, Lembaga Muzium Negeri Pahang telah mengambil alih bangunan masjid ini daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang setelah mendapati bahawa masjid ini tidak lagi digunakan dan terbiar tanpa sebarang penyelenggaraan asas. Pada peringkat permulaan, Lembaga Muzium Negeri Pahang telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dalam dan luar bangunan.
Di samping untuk memulihara bangunan Masjid Abdullah Pekan sebagai monumen lama dan bersejarah, Muzium Negeri Pahang sedang merancang untuk menjadikan bangunan masjid ini sebagai Muzium Kesenian dan Intelektual Islam Negeri Pahang kerana ia terletak di lokasi yang strategik dan amat sesuai untuk dijadikan sebagai galeri pameran.
Subscribe to:
Posts (Atom)