Monday, 13 March 2017

Koleksi Utama Muzium Sultan Abdullah

Timba Tembaga/Copper Pail

Timba ini dipercayai digunakan di surau atau masjid dan dikaitkan dengan petempatan Islam di Pahang. Pada timba ini tertera tulisan timbul tahun 707 Hijrah (1308 Masihi). Terdapat kesan haus di bahagian tepi badan artifak tersebut yang dipercayai disebabkan oleh fungsinya sebagai alat untuk mengambil air di dalam perigi. Penemuan timba tembaga tersebut adalah bukti bahawa penempatan Islam yang lebih kompleks telah wujud di Pahang.

 

 

 

 

 

 English

 The year 707 Hijrah (1308 AD) is inscribed on this artifact. The worn sides of the artifact proved that this was a well bucket used to carry water, most probably used in the mosque associated with the advent of Islam in Pahang. The discovery of this pail is proof that a more complex placement of Islam had already existed in Pahang.

 

 

 

 

 Hukum Kanun Pahang/

Hukum Kanun Pahang merupakan satu-satunya undang-undang yang pernah dipakai di negeri Pahang semasa Sultan Abdul Ghaffur memerintah Pahang. Antara isi kandungannya berkaitan undang-undang, panduan dalam adat istiadat dan pantang larang dalam masyarakat.

 

 

 

ENGLISH

The Canon Laws of Pahang were the laws and legislations used during the rule of Sultan Abdul Ghaffur. Its contents comprised of laws and regulations about the customs and prohibitions within the society of that time.

 

 

 

Batu Nisan Permatang Pasir

 Batu Nisan Permatang Pasir ini menandakan kedatangan Islam di Pahang. Tarikh yang tercatat pada batu nisan ini ialah 410 Hijrah bersamaan 1028 Masihi. Batu nisan ini dihiasi dengan Al-Quran dan syair Arab, juga tercatat tarikh kematian si mati pada Hari Rabu, 14 Rabiulawal 419H. Ini bermakna batu nisan ini jauh lebih lama dari Batu Bersurat Terengganu (702H), wang emas (dinar) lama Kelantan (577H), dan juga bermakna lebih dahulu 300 tahun dari kewujudan Kerajaan Melaka.

 

 

 

ENGLISH

 The Grave Stones of Permatang Pasir marked the advent of Islam in Pahang. The date inscribed on the stone is 410 Hijrah equivalent to1028 AD. Besides Quranic inscriptions and Arabic syair inscribed on them is also the death date on a Wednesday, 14 Rabiulawal 419H. This clearly shows that the gravestones are far older than the Inscribed Stones of Terengganu (702 H), (dinars)gold coins of Kelantan (577H), and even 300 years earlier than the existence of the Melakan Sultanate.

 

 

 

 

 .

3 comments:

  1. Impressive give us more information about this.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks arif 😁 we will post more about our museum for you u

      Delete
    2. thanks arif 😁 we will post more about our museum for you u

      Delete